Apa itu cinta..
Orang selalu tertanya-tanya..apa itu cinta
??
Apa dia cinta??
Cinta itu adalah dua hati jadi satu.. (itu
y saya tahu la,hehe)Dua org hatinya satu, itulah namanya cinta. Cinta ni sape2 Pon
wujud, org tua pun ada perasaan cinta sebab tu kita tak heran perempuan umur
107 tahu kawen..Laki-laki 84 tahun pun kawen lg…SEBAB CINTA.Igt lagi tak dengan
lagu d’lloyd…dgn lirik dia
“ rasa cinta, pasti ada pada makhluk yang
bernyawa” (sambung la yer…..)
Jadi nye,rasa cinta ni ada..jadi bila kita
nak halang rasa cinta tu payah la. Sebenarnya kitaKena bimbing cinta tu jadi
baik , bila orang tya pada kita apa makna cinta, cinta adalah dua hati menjadi
satu, tetapi cinta tu mesti bersih , cinta tu juga mesti murni , cinta tu
jangan dicemar dengan perbuatan cemar dan dosa, cinta itu berakhir drngan
perkahwinan yang baik tetapi cinta juga sebenarnya ialah tidak semestinya
berakhir dengan perkahwinan
“
pah abg sayang pada kamu, abg cinta pada kamu..tetapi abg nak bagitau
pada kamu mak abang tak suka dengan kamu “.
Pah : “ sebab apa abang”?
Abang :
“ entah lah mungkin kamu tak reti masak tomyam, sebab itu mak abg tak
suka. Mak abg menentang habis-habisan. Abg dh baca yassin abg dg sembahyang
hajat ,abg dah cakap elok-elok mak bantah jugak . abg takut kalau kita kawen
nanti kamu kena seksa dengan mak , kamu kena pulau dengan mak , kamu jadi
menantu yang mak tak suka , hidup kamu tension kena sakit jantung darah tinggi
. kerana abg sayang dan cintakan kamu abg tak nak kamu hidup susah .. jadi tak
jadi lah kita kawen pah”.
ITULAH NAMANYA CINTA….
“ kenapa kau tak kawen dengan pah, man”?
“ sebab aku cinta pada dia”.
“ hey kau ni, kalau cinta kena kawen.. “.
“ tak, aku taku kalau aku kawen dengan dia
mak aku seterika dia, aku takut bila aku kawen dengan pah mak aku dera dia, aku
tak mau “.
Btol 2 kan, kalau btol cinta dan sayang
bukan setakat kamu bagi senang pada dia,mak bapak dan keluarga pun kena bagi
senang. Tapi kalau kamu sorang boleh bagi dia senang tapi mak bapak kamu tak
boleh terima, seksa jiwa raga dia nanti. Itu tak payah la kawen dan itulah
cinta sebenarnya. Tak semestinya cinta berakhir di jinjang pelamin, cinta
xsemestinya berakhir dengan genggam tangan kadi, kdg2 kerana cinta kita tak
kawen dengan dia..