Ujian selalu datang dalam hidup kita. Ujian
itu hadir tika kita suda dan juga tika kita bahagia. Allah telah memberikan banyak ujian kepada kita untuk
menempuh kehidupan di dunia ini. Kekasih Allah juga diuji dengan bermacam-macam
ujian yang menyantuni keimanan begitu jugak kita. Tetapi ujian yang diberikan
kepada kita tidak sehebat para kekasih Allah itu. Bagaimana hati kita apabila
menghadapi sesuatu musibah itu. Apa sebenarnya yang kita lakukan untuk
mengubati hati kita yang tengah berduka itu. Adakah kita hanya terus-menerus
bersedih atau kita mencari Allah untuk meluah rasa kasih.
Kita terkadang diuji dengan bermacam-macam
ujian, ujian di dalam kehidupan seperti persahabatan, kewangan, percintaan dan
sebagainya. Lebih sakit lagi apabila Allah memberikan seseorang yang kita
cintai atau sayangi menjadi alat untuk menjadi ujian kita. Teruji kita pada
ketika itu. Harus kita ingat mencintai bukan bererti kita memiliki. Di dalam
perkahwinan juga hebat ujiannya. Ramai orang beranggapan apabila kita sudah
mendirikan rumah tangga kita akan selamat dari perkara-perkara maksiat dan
fitnah manusia. Sebenarnya, perkahwinan adalah permulaan bagi kita menjadi
seorang manusia bagi kita untuk menilai siapa pasangan yang kita cintai itu.
Ujian makin hebat, pergerakan akan menjadi terikat dan batasan harus diambil
berat.
Tidak perlu kita hairan pasangan yang
berkahwin selama berpuluh tahun juga turut menghadapi perceraian. Kerana apa?
Kerana sudah tiada kepercayaan. Sekadar ungkapan cinta sahaja tidak mencukupi.
Kepercayaan, ketaqwaan dan keimanan disulami dengan kejujuran harus diadun
bersama agar kita mampu mempertahankan tembok yang kita bina itu. Hati
memainkan peranan penting. Buat pasangan yang begitu hangat bercinta mungkin
mereka tidak memikirkan soal ini. Hanya membayangkan bahagia semasa bercinta
tetapi bagaimana bila sudah mendirikan rumah tangga.
Ingatlah, ketika mana kita melafazkan kata
‘cinta’ kepada seseorang itu bermakna kita berjanji untuk bertanggungjawab
kepada dirinya. Oleh itu, jagalah dia sebaik mungkin. Lindungi dia bukan
merosakkan! Mungkin Allah datangkan orang yang kita cintai itu merupakan ujian
buat kita. Mungkin ujian untuk menjadikan kita tabah atau menjadikan kita
lemah. Kita harus pandai menilainya. Boleh jadi ap yang kita benci itu akan
memberikan kebaikan kepada kita dan boleh jadi apa yang kita suka itu akan
memberikan kemudharatan kepadak kita.Wassalam.