nufnang

Followers

Sunday 4 August 2013

Kuatkan Hatiku Ya Allah..


Hanya sekadar meluah rasa hati yang tidak tertanggung..kprihatinan yang membaca adalah sangat dihargai.. ;-((

Terkadang datang bertamu rasa sedih di hati yang sangat berat untuk ditanggung..
Terkadang juga buat aku sekadar manusia biasa ini untuk berfikir, perlukah meneruskan perjalanan itu..
Perjalanan itu yang belum pasti, perjalanan jauh itu telah pun aku tempuhi, perjalanan yang membawa seribu erti kebahagiaan juga  beribu erti kepahitan, perjalanan itu yang tak mampu diselami rasanya oleh sesiapa kecuali Yang Maha Kuasa..
Kadang-kadang juga, rasa sedih di hati mendatangkan rasa putus asa..
Putus asa dalam segenap hal...
Namum..aku hanya mampu berdoa pada Yang Maha Kuasa..
Moga sentiasa memberi aku ketabahan dan kekuatan iman dan hati dalam memdepani hari muka..
Kerana aku hanya seorang insan biasa..
Kerana aku juga pernah merasa kecewa..
Kerana..aku punya hati dan perasaan...

Mungkinkah kebahagiaan menanti????







Ya Allah Kuatkan Hati Hambamu :')




 
Sabar..sabar..sabar.. :) itu lah ungkapan yang hanya mampu ku ucap...
"HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA..."
harus aku jalani walau penuh cabaran kerna aku tahu aku punyai
''Allah" tempat aku mengadu & bergantung...

Namun..
Terkadang aku berharap agar aku boleh hilang untuk
seketika supaya aku boleh tahu siapa yang
akan berusaha untuk mencari aku..




                                                                Kuatkanla Hatiku





Semakin lama..semakin sukar...
Semakin lama..semakin sulit..
Semakin lama..semakin rumit..

Aku harap aku mampu untuk terus bertahan..
Bertahan menahan godaan perasaan..
Aku takut..
Aku terleka dibuai rasa..
Itu akan menyebabkan ramai terluka..




Ya Allah..
Kuatkan hati aku..
Aku tahu kini aku sendiri..
Tak ada yang menemani..
Jangan biarkan diri aku dibuai rasa itu..
Kerana ianya tidak sepatutnya terjadi..
Jauhkan hati aku ya Allah...

Semua ini salah..
Aku rasa bersalah..
Aku rasa berdosa..
Segalanya menikam jiwa..
Sampai bila ini akan berlarutan?
Sampai bila?

Kuatkanlah hati aku menolak segalanya..
Kuatkanlah hati aku untuk membiarkan segalanya..
Kuatkanlah hati aku untuk tidak membalas sama..
Kuatkanlah hati aku supaya mampu mengawal...
Aku mohon padamu ya Allah...
Kuatkan hatiku ini..