nufnang

Followers

Saturday, 2 March 2013

kita hanya merancang


                                                                     


Ujian selalu datang dalam hidup kita. Ujian itu hadir tika kita suda dan juga tika kita bahagia. Allah telah memberikan banyak ujian kepada kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini. Kekasih Allah juga diuji dengan bermacam-macam ujian yang menyantuni keimanan begitu jugak kita. Tetapi ujian yang diberikan kepada kita tidak sehebat para kekasih Allah itu. Bagaimana hati kita apabila menghadapi sesuatu musibah itu. Apa sebenarnya yang kita lakukan untuk mengubati hati kita yang tengah berduka itu. Adakah kita hanya terus-menerus bersedih atau kita mencari Allah untuk meluah rasa kasih.




Kita terkadang diuji dengan bermacam-macam ujian, ujian di dalam kehidupan seperti persahabatan, kewangan, percintaan dan sebagainya. Lebih sakit lagi apabila Allah memberikan seseorang yang kita cintai atau sayangi menjadi alat untuk menjadi ujian kita. Teruji kita pada ketika itu. Harus kita ingat mencintai bukan bererti kita memiliki. Di dalam perkahwinan juga hebat ujiannya. Ramai orang beranggapan apabila kita sudah mendirikan rumah tangga kita akan selamat dari perkara-perkara maksiat dan fitnah manusia. Sebenarnya, perkahwinan adalah permulaan bagi kita menjadi seorang manusia bagi kita untuk menilai siapa pasangan yang kita cintai itu. Ujian makin hebat, pergerakan akan menjadi terikat dan batasan harus diambil berat.

Tidak perlu kita hairan pasangan yang berkahwin selama berpuluh tahun juga turut menghadapi perceraian. Kerana apa? Kerana sudah tiada kepercayaan. Sekadar ungkapan cinta sahaja tidak mencukupi. Kepercayaan, ketaqwaan dan keimanan disulami dengan kejujuran harus diadun bersama agar kita mampu mempertahankan tembok yang kita bina itu. Hati memainkan peranan penting. Buat pasangan yang begitu hangat bercinta mungkin mereka tidak memikirkan soal ini. Hanya membayangkan bahagia semasa bercinta tetapi bagaimana bila sudah mendirikan rumah tangga.

Ingatlah, ketika mana kita melafazkan kata ‘cinta’ kepada seseorang itu bermakna kita berjanji untuk bertanggungjawab kepada dirinya. Oleh itu, jagalah dia sebaik mungkin. Lindungi dia bukan merosakkan! Mungkin Allah datangkan orang yang kita cintai itu merupakan ujian buat kita. Mungkin ujian untuk menjadikan kita tabah atau menjadikan kita lemah. Kita harus pandai menilainya. Boleh jadi ap yang kita benci itu akan memberikan kebaikan kepada kita dan boleh jadi apa yang kita suka itu akan memberikan kemudharatan kepadak kita.Wassalam.

Friday, 1 February 2013


terlalu layan emosi dan perasaan

Akhir-akhir ini, sering saja aku bermain dengan hati dan perasaan. Sampaikan emosi terusik dan terganggu. Emosi sering mengadu, dia terlalu letih dengan hati dan perasaan. Dia mahukan rehat dan ketenangan. Dia perlukan sesuatu yang mampu membuatkan dia tenang. Ya, aku pun sudah letih. 

Mungkin pada luaran, aku mampu melakar senyuman, namun di dalam hati siapa yang tahu erti kepedihan dan kesengsaraan. Pendam mungkin adalah cara terbaik buat masa ini, supaya tiada yang akan kecewa. Tiada siapa yang akan salah sangka. 






Duhai diri, usah difikirkan apa yang berlaku, kerna tiada penting bagimu. Kerjakan lah yang wajib, dan laksanakan lah suruhan olehNya, itu lebih mulia dan bermakna buat kau. Usah buang masa fikir sesuatu yang menyakitkan hatimu, fikirkanlah sesuatu yang mampu membahagiakanmu, kerna itu ubat jiwa kurniaan Tuhan. 

Jangan pernah putus asa dengan takdir Tuhan, jangan pernah kecewa dengan ketentuan Tuhan. Semua itu ada hikmah, yang mungkin kau tak terlihat tika ini. Percayalah, sesungguhnya DIA lebih tahu apa yang kau tidak tahu..

Thursday, 31 January 2013



Thursday, 17 January 2013













Tuesday, 25 December 2012




LAGU TEMA UNTUK BLOGGER…

Ini merupakan lagu tema blogger yang dihasilkan oleh Wilbur Sargunaraj yang berasal dari India.Diharapkan anda terhibur.

Duk tengah godek2 youtube tba terjumpa la lagu ni..lagu tema untuk blogger..hahaha, tergelak aku nengok nyer..kelakar btol la jejaka india 2. Ade plak idea dia nk buat lagu mcm ni..geli hati btol aku nengok…


Jum layannnnnnn…harap2 terhibur..hahahahaha






 

Monday, 24 December 2012





Terpaksa rajinkan diri..huhu


Kalau ikutkan aku dh start cuti, memandangkan clas tesis ada rabu ni so terpaksa la batalkan niat nak balek kg..huhu. dek krna clas tesis dh mula, tajuk tesis pun aku blum ade, terpaksa la merajinkan diri ke library..kui kui…
Trun kolej, Alhamdulillah bus dh ade kt bawah, xde la aku penat nk berdiri nunggu bus sampai..hehe (dlm ati makasih pak cik bus )..
Masuk bus, ade lak sorang laki ni terbongkam, ternganga duk tido, dh la tangan dia 2 terjuntai sampai menghalang laluan..uuuhhhhh sabo je lah. Terpaksa lah kecikkan diri utk lalu kt laluan kecik utk ngelak dari terkena tangan dia…dh la bus 2 xberapa nk besa..eeee memalukan betul je la laki 2, cikgu ape ntah mcm tu..hehehe. geli hati aku nengok nya.
Yang buat aku panas hati nya..pak cik ni boleh lak duk berbual kt luar,kami kt dalam bus ni berejam dah..patut lah budak laki 2 sampai tertido dlm bus, rupanya pak cik bus ni yang buat hal… tension gak aku..tapi xpe, aku bukan nk p clas pon, nk g library je..lgpon better la duk nunggu dlm bus bole gak duduk drp duk nunggu kt luar berdiri…hohohoh…
Sampai library cm biase la search tajuk tesis kt computer then nek atas masuk dalam, bagi no buku n kad matrik bru la leh crik buku…huhu
Agak stress jugak duk dlm library ni, almaklum lah aku ni bukan nyer rajin sgt ke library..hahaha..Tambah2 lg nk crik tesis y aku nak..uhhhhhhhh
Kawan aku y sorang 2 lagi lah,kejap2 menguap lpas 2 asyik duk tya bila nk balek..aku diam je lah…haha
Tapi xlama pun aku kt library tajuk pun dh jumpa aku pun balek lah..malas lah nk duk library lama2…hehe (dh mmg bukan kaki library mmg ler)
Ni pic mase kt library tdi..haha sempat la snap…



konon la kan..haha..tpi btol2 kusyuk 2


ehem..ni sebelom p library ler...


ni btol2 kusyuk ni..haha


Sunday, 23 December 2012




Apa itu cinta..

Orang selalu tertanya-tanya..apa itu cinta ??
Apa dia cinta??
Cinta itu adalah dua hati jadi satu.. (itu y saya tahu la,hehe)Dua org hatinya satu, itulah namanya cinta. Cinta ni sape2 Pon wujud, org tua pun ada perasaan cinta sebab tu kita tak heran perempuan umur 107 tahu kawen..Laki-laki 84 tahun pun kawen lg…SEBAB CINTA.Igt lagi tak dengan lagu d’lloyd…dgn lirik dia
“ rasa cinta, pasti ada pada makhluk yang bernyawa” (sambung la yer…..)
Jadi nye,rasa cinta ni ada..jadi bila kita nak halang rasa cinta tu payah la. Sebenarnya kitaKena bimbing cinta tu jadi baik , bila orang tya pada kita apa makna cinta, cinta adalah dua hati menjadi satu, tetapi cinta tu mesti bersih , cinta tu juga mesti murni , cinta tu jangan dicemar dengan perbuatan cemar dan dosa, cinta itu berakhir drngan perkahwinan yang baik tetapi cinta juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan
“  pah abg sayang pada kamu, abg cinta pada kamu..tetapi abg nak bagitau pada kamu mak abang tak suka dengan kamu “.
Pah : “ sebab apa abang”?
Abang :  “ entah lah mungkin kamu tak reti masak tomyam, sebab itu mak abg tak suka. Mak abg menentang habis-habisan. Abg dh baca yassin abg dg sembahyang hajat ,abg dah cakap elok-elok mak bantah jugak . abg takut kalau kita kawen nanti kamu kena seksa dengan mak , kamu kena pulau dengan mak , kamu jadi menantu yang mak tak suka , hidup kamu tension kena sakit jantung darah tinggi . kerana abg sayang dan cintakan kamu abg tak nak kamu hidup susah .. jadi tak jadi lah kita kawen pah”.
ITULAH NAMANYA CINTA….
“ kenapa kau tak kawen dengan pah, man”?
“ sebab aku cinta pada dia”.
“ hey kau ni, kalau cinta kena kawen.. “.
“ tak, aku taku kalau aku kawen dengan dia mak aku seterika dia, aku takut bila aku kawen dengan pah mak aku dera dia, aku tak mau “.
Btol 2 kan, kalau btol cinta dan sayang bukan setakat kamu bagi senang pada dia,mak bapak dan keluarga pun kena bagi senang. Tapi kalau kamu sorang boleh bagi dia senang tapi mak bapak kamu tak boleh terima, seksa jiwa raga dia nanti. Itu tak payah la kawen dan itulah cinta sebenarnya. Tak semestinya cinta berakhir di jinjang pelamin, cinta xsemestinya berakhir dengan genggam tangan kadi, kdg2 kerana cinta kita tak kawen dengan dia..