{ ya allah aku sedih,pinjamkan aku kekuatan }
salam terindah ku kirimkan
salam sejahtera penghuni SYURGA
salam yang harumnya melebihi kasturi
sejuknya melebihi embun pagi
salam sehangat mentari dhuha
salam sesuci telaga kauthar
salam penghormatan & persahabatan yang tiada pudar dalam setiap muslim dan
peristiwa
salam ukhwah untukmu kerana allah
alhamdulillah
terima kasih allah
untuk semua yang kau pinjamkan
untuk semua yang kau ajarkan tanpa bicara walau dalam diam
tika saat aku diuji dengan kesedihan dan kegelisahan
kau berikan aku ruang dalam bersendirian
kau perlihatkan padaku erti memanjatkan kesyukuran
kau suburkan dalam hatiku erti hidup bertuhan
saat emosi terganggu banyak betul yang menguji kesabaran
xsalahkan untuk menangis
rindu pada sahabat yang memahami
rindu pada sahabat yang setia mendengar
rindu pada sahabat yang mampu membuatkan diriku tersenyum saat duka
walauapapun
alhamdulillah
segala kesyukuran ku panjatkan kpdmu
kerana
engkau masih ada di sisiku
engkau menenangkan diriku saat aku bersedih
"ya allah,semoga segala masalah yang melanda tidak memutuskan hubungan yang
terbina ikhlas keranamu.
kekalkan hubungan kami dan pinjamkan diriku kekuatan untuk menghadapi
dugaanmu ".
menangis lah jika itu dapat menenangkanmu.. |
No comments:
Post a Comment