nufnang

Followers

Monday 10 October 2016


 Dekorasi Balkoni Untuk yang Tinggal Di  Apartment.










Ttiap-tiap hari asyik berkurung dalam rumah je,sekali sekala apa salahnya menikmati aktiviti luar rumah. Bukan jauh pun, kat balkoni jer. Nak santai kat belakang rumah ke? bukan realiti untuk sesiapa yang tinggal di apartmet okie,hihi. okie saya telah memuat naik beberapa keping foto sebagai  inspirasi kepada penghuni yang tinggal di apartment nak bagi semangat sikit kan, bila tengok foto-foto ni mana tahu la kan, datang semangat nak menghias balkoni yang agak kecil. walaupun  balkoni setiap apartment ni tak adalah besar mana orang kata selangkah jer dah sampai, tapi ia sangat bermakna jika kita pandai menghias.


























Di atas adalah contoh bagaimana nak meghias balkoni dari balkoni kecil sampai la yang sedikit besar..hihi. so tak adalah balkoni ni orang kata sangat kecil dan tak adalah sangat besar. Tapi bila je tengok foto-foto di atas tu fuhh..memang meronta-ronta la, ala-ala duduk dekat taman pun ade, dekat tempat percutian pun ade..hihi.






balkoni cukup standard ala-ala seperti  percutian kat resort dengan bangku yang selesa,  dengan kusyen,bantal dan buaian.





Jika anda mempunyai sofa  yang kecil, seperti berbentuk L ini , boleh menjadi tambahan yang bagus untuk balkoni anda. Meja sisi dan permaidani meningkatkan lagi perasaan berada di balkoni luar dan rak adalah cara yang baik untuk mewujudkan ruang untuk lebih banyak tanpa mengehadkan ruang lantai.



  Jika anda tidak mahu membeli sofa, atau tidak mempunyai ruang, anda masih boleh membuat tempat duduk sedikit di balkoni anda dengan beberapa kotak kayu seperti di atas.




 Sebuah balkoni kecil tidak bermakna anda tidak boleh meletakkan perabot, bunga gantung di luar pagar.




No comments:

Post a Comment